Blogroll


Pages

Saturday, 26 January 2013

TAHNIAH SK ST TERESA SERIAN!

Sekalung tahniah diucapkan kepada SK ST Teresa Serian kerana telah berjaya memenangi tempat ke-3 kategori sekolah rendah perarakan Maulidur Rasul 2013 bertempat di Stadium Mini Serian. Perarakan diadakan pada 26 Januari 2013.

Monday, 31 December 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Setelah bercuti lebih daripada sebulan, sesi persekolahan 2013 akan bermula pada 2hb Januari 2013. Selamat memulakan alam persekolahan kepada murid-murid Tahun 1 dan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid yang lain.
USAHA TERAS KEJAYAAN!

TAHNIAH!!!

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua murid yang cemerlang dalam UPSR 2012. Anda telah menunjukkan hasil berkat usaha anda selama ini. Senarai murid yang mendapat semua A dalam UPSR: 1.MITCHELL AWING 2.MARIONE JONA 3.CHERYL VALENCIA 4.BELTRAM DARIS

Monday, 8 October 2012

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2012

Pada 10, 11 dan 12 Oktober 2012, STSS akan mengadakan Sukan Tahunan Peringkat Sekolah bertempat di padang sekolah STSS. Empat rumah sukan akan bertanding ada hari tersebut. Rumah sukan tersebut adalah Rumah Biru, Rumah Merah, Rumah Oren dan Rumah Hijau. Terdapat juga gerai jualan oleh ibu bapa dan cabutan bertuah sepanjang tiga hari sukan berlangsung. Diharap sukan ini akan menaikkan semngat kesukanan di kalangan murid

Sunday, 9 September 2012

PROGRAM MERDEKARAYA 2012

Pada 30 Ogos yang lalu, SKSTS telah menyambut Program Merdekaraya 2012 sempena menyambut ambang Merdeka. Program ini hasil kerjasama daripada Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit ICT dan Unit PSS. Antara acara sambutan ialah ucapan daripada Guru Besar, nyanyian lagu patriotik, kibaran Jalur Gemilang dan pertandingan Mewarna Jalur Gemilang.

Monday, 9 July 2012

KEM MENJADI 2012

Kem Menjadi 2012 yang dianjurkan oleh unit Bimbingan dan Kaunseling SK ST Teresa akan berlangsung pada 10, 11 dan 12 Julai 2012. Kem ini khusus untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2012.