Blogroll


Pages

Wednesday 14 December 2011

Selamat Bertugas Cikgu Lydia!

Pada 1hb Disember 2011 yang lalu, guru Bimbingan & Kaunseling SK ST Teresa Serian, Cikgu Lydia Zulaifa telah melapor diri untuk bertugas di tempat bertugas yang baru. Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas kepada Cikgu Lydia. Segala jasa yang ditabur di sekolah ini tidak akan dilupakan.

Tuesday 22 November 2011

Keputusan UPSR

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan yang membanggakan bagi UPSR 2011! Seramai 8 orang murid telah berjaya mendapat semua A dalam UPSR. Sekalung tahniah sekali lagi.

Al-Fatihah

Tanggal 16 November 2011, SK St Teresa telah kehilangan seorang guru yang berdedikasi iaitu Allahyarhamah Ngaisah Bt. Misran. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Wednesday 16 November 2011

Keputusan UPSR 2011 & Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah

Esok iaitu pada hari Khamis ,17 November 2011, keputusan UPSR akan diumumkan. Pihak sekolah mendoakan agar semua murid Tahun 6 mendapat keputusan yang cemerlang. Turut berlangsung pada esok hari adalah Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah bertempat di Dewan Masyarakat,Serian.

Sesi Bergambar 2011

Pada hari Selasa bersamaan 15 November 2011, Sk St Teresa telah menjalankan sesi bergambar 2011 iaitu mengambil gambar setiap kelas dari tahun 1 hingga tahun 6. Gambar Pengawas sesi 2011 juga turut dimuatkan di dalam blog ini.

1 Merah

1 Oren

2 Merah

2 Oren

3 Merah

3 Oren

4 Merah

4 Oren

5 Oren

5 Merah

6 Merah

6 Oren

Pengawas Sesi 2011

Friday 14 October 2011

SUKAN TAHUNAN SK ST TERESA SERIAN (SSTS)

Pada 12,13 & 14 hb Oktober 2011, Sekolah Kebangsaan ST Teresa Serian telah mengadakan Sukan Tahunan 2011 bertempat di padang sekolah SSTS. Sebanyak 82 acara yang dipertandingkan. Rumah sukan yang terlibat ialah Rumah Biru, Rumah Merah, Rumah Oren dan Rumah Hijau. Selain acara olahraga, cabutan tiket bertuah juga diadakan. Semoga dengan berlangsungnya sukan tahunan ini, kita dapat menyahut seruan 1 Murid, 1 Sukan!

Monday 12 September 2011

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)

Di kesempatan ini ingin mengucapkan selamat berjuang menghadapi UPSR kepada semua murid Tahun 6 2011. Agar semua murid dapat menjawab soalan dengan tenang dan berhati-hati. SEMOGA BERJAYA!

Sunday 28 August 2011

Latihan Kebakaran (Fire Drill)

Pada hari Jumaat lepas iaitu pada 26 Ogos 2011, Sk St Teresa telah menjalankan latihan kebakaran (Fire Drill) yang dibantu oleh dua orang pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat. Latihan ini diadakan bertujuan untuk membuat persediaan tentang cara untuk mengawal situasi serta menangani masalah ketika berlakunya kebakaran di sekolah. Pegawai tersebut juga menerangkan tentang cara untuk menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku serta menunjukkan demonstrasi memadamkan api. Diharap latihan tersebut dapat menambah pengetahuan dan kesedaran di kalangan warga Sk St. Teresa Serian.


SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua warga Sk St. Teresa Serian.Semoga semua berada dalam keadaan selamat semasa balik bercuti.

Tuesday 12 July 2011