Blogroll


Pages

Tuesday 22 November 2011

Keputusan UPSR

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan yang membanggakan bagi UPSR 2011! Seramai 8 orang murid telah berjaya mendapat semua A dalam UPSR. Sekalung tahniah sekali lagi.

Al-Fatihah

Tanggal 16 November 2011, SK St Teresa telah kehilangan seorang guru yang berdedikasi iaitu Allahyarhamah Ngaisah Bt. Misran. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Wednesday 16 November 2011

Keputusan UPSR 2011 & Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah

Esok iaitu pada hari Khamis ,17 November 2011, keputusan UPSR akan diumumkan. Pihak sekolah mendoakan agar semua murid Tahun 6 mendapat keputusan yang cemerlang. Turut berlangsung pada esok hari adalah Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah bertempat di Dewan Masyarakat,Serian.

Sesi Bergambar 2011

Pada hari Selasa bersamaan 15 November 2011, Sk St Teresa telah menjalankan sesi bergambar 2011 iaitu mengambil gambar setiap kelas dari tahun 1 hingga tahun 6. Gambar Pengawas sesi 2011 juga turut dimuatkan di dalam blog ini.

1 Merah

1 Oren

2 Merah

2 Oren

3 Merah

3 Oren

4 Merah

4 Oren

5 Oren

5 Merah

6 Merah

6 Oren

Pengawas Sesi 2011