USAHA TERAS KEJAYAAN!
Monday, 31 December 2012
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Setelah bercuti lebih daripada sebulan, sesi persekolahan 2013 akan bermula pada 2hb Januari 2013. Selamat memulakan alam persekolahan kepada murid-murid Tahun 1 dan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid yang lain.
TAHNIAH!!!
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua murid yang cemerlang dalam UPSR 2012. Anda telah menunjukkan hasil berkat usaha anda selama ini. Senarai murid yang mendapat semua A dalam UPSR:
1.MITCHELL AWING
2.MARIONE JONA
3.CHERYL VALENCIA
4.BELTRAM DARIS
Monday, 5 November 2012
Monday, 8 October 2012
SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2012
Pada 10, 11 dan 12 Oktober 2012, STSS akan mengadakan Sukan Tahunan Peringkat Sekolah bertempat di padang sekolah STSS. Empat rumah sukan akan bertanding ada hari tersebut. Rumah sukan tersebut adalah Rumah Biru, Rumah Merah, Rumah Oren dan Rumah Hijau. Terdapat juga gerai jualan oleh ibu bapa dan cabutan bertuah sepanjang tiga hari sukan berlangsung. Diharap sukan ini akan menaikkan semngat kesukanan di kalangan murid
Sunday, 9 September 2012
PROGRAM MERDEKARAYA 2012
Pada 30 Ogos yang lalu, SKSTS telah menyambut Program Merdekaraya 2012 sempena menyambut ambang Merdeka. Program ini hasil kerjasama daripada Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit ICT dan Unit PSS. Antara acara sambutan ialah ucapan daripada Guru Besar, nyanyian lagu patriotik, kibaran Jalur Gemilang dan pertandingan Mewarna Jalur Gemilang.
Monday, 9 July 2012
KEM MENJADI 2012
Kem Menjadi 2012 yang dianjurkan oleh unit Bimbingan dan Kaunseling SK ST Teresa akan berlangsung pada 10, 11 dan 12 Julai 2012. Kem ini khusus untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2012.
1 MURID 1 SUKAN
Pada 10 Julai 2012, senamrobik 1 Murid 1Sukan akan berlangsung di semua sekolah di Malaysia. Semoga senamrobik ini dapat membantu murid mencergaskan badan dan mencerdaskan minda
Subscribe to:
Posts (Atom)


