Blogroll


Pages

Sunday, 9 September 2012

PROGRAM MERDEKARAYA 2012

Pada 30 Ogos yang lalu, SKSTS telah menyambut Program Merdekaraya 2012 sempena menyambut ambang Merdeka. Program ini hasil kerjasama daripada Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit ICT dan Unit PSS. Antara acara sambutan ialah ucapan daripada Guru Besar, nyanyian lagu patriotik, kibaran Jalur Gemilang dan pertandingan Mewarna Jalur Gemilang.

Monday, 9 July 2012

KEM MENJADI 2012

Kem Menjadi 2012 yang dianjurkan oleh unit Bimbingan dan Kaunseling SK ST Teresa akan berlangsung pada 10, 11 dan 12 Julai 2012. Kem ini khusus untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2012.

1 MURID 1 SUKAN

Pada 10 Julai 2012, senamrobik 1 Murid 1Sukan akan berlangsung di semua sekolah di Malaysia. Semoga senamrobik ini dapat membantu murid mencergaskan badan dan mencerdaskan minda

Monday, 18 June 2012

Jogaton anjuran PIBG SK St Teresa Serian

Pada 7hb Julai 2012, akan berlangsung larian Jogaton bertempat di SK ST Teresa Serian. Acara ini akan dimulai dengan acara senamrobik.

Wednesday, 16 May 2012

Thursday, 10 May 2012

KEM PENGAWAS 2012

Kem Pengawas 2012 berlangsung pada 7 Mei sehingga 10 Mei 2012. Kem ini bermula dari pukul 11.30 pagi sehingga 1.00 tengahari dari hari Isnin hingga Khamis. Kem ini dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kem ini telah dijayakan dengan lancar oleh barisan guru yang dipimpin oleh Cikgu Amelia Bt Edama

Monday, 26 March 2012

Selamat datang ke SK ST TERESA!!!

Selamat datang diucapkan kepada warga baru SK ST Teresa yang akan bergabung tenaga dalam mendidik murid-murid di sini. Ucapan ini khas buat Cikgu Susan, Ustaz Asri, Cikgu Shareena Fazzilla dan Cikgu Amelia. Semoga anda bangga menjadi warga pendidik di sini.

FLY ST TERESA FLY!