Monday, 9 July 2012
KEM MENJADI 2012
Kem Menjadi 2012 yang dianjurkan oleh unit Bimbingan dan Kaunseling SK ST Teresa akan berlangsung pada 10, 11 dan 12 Julai 2012. Kem ini khusus untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2012.
1 MURID 1 SUKAN
Pada 10 Julai 2012, senamrobik 1 Murid 1Sukan akan berlangsung di semua sekolah di Malaysia. Semoga senamrobik ini dapat membantu murid mencergaskan badan dan mencerdaskan minda
Monday, 18 June 2012
Jogaton anjuran PIBG SK St Teresa Serian
Pada 7hb Julai 2012, akan berlangsung larian Jogaton bertempat di SK ST Teresa Serian. Acara ini akan dimulai dengan acara senamrobik.
Wednesday, 16 May 2012
Thursday, 10 May 2012
KEM PENGAWAS 2012
Kem Pengawas 2012 berlangsung pada 7 Mei sehingga 10 Mei 2012. Kem ini bermula dari pukul 11.30 pagi sehingga 1.00 tengahari dari hari Isnin hingga Khamis. Kem ini dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kem ini telah dijayakan dengan lancar oleh barisan guru yang dipimpin oleh Cikgu Amelia Bt Edama
Monday, 26 March 2012
Selamat datang ke SK ST TERESA!!!
Selamat datang diucapkan kepada warga baru SK ST Teresa yang akan bergabung tenaga dalam mendidik murid-murid di sini. Ucapan ini khas buat Cikgu Susan, Ustaz Asri, Cikgu Shareena Fazzilla dan Cikgu Amelia. Semoga anda bangga menjadi warga pendidik di sini.
FLY ST TERESA FLY!
FLY ST TERESA FLY!
Wednesday, 14 December 2011
Selamat Bertugas Cikgu Lydia!
Pada 1hb Disember 2011 yang lalu, guru Bimbingan & Kaunseling SK ST Teresa Serian, Cikgu Lydia Zulaifa telah melapor diri untuk bertugas di tempat bertugas yang baru. Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas kepada Cikgu Lydia. Segala jasa yang ditabur di sekolah ini tidak akan dilupakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)