Blogroll


Pages

Monday, 26 March 2012

Selamat datang ke SK ST TERESA!!!

Selamat datang diucapkan kepada warga baru SK ST Teresa yang akan bergabung tenaga dalam mendidik murid-murid di sini. Ucapan ini khas buat Cikgu Susan, Ustaz Asri, Cikgu Shareena Fazzilla dan Cikgu Amelia. Semoga anda bangga menjadi warga pendidik di sini.

FLY ST TERESA FLY!

Wednesday, 14 December 2011

Selamat Bertugas Cikgu Lydia!

Pada 1hb Disember 2011 yang lalu, guru Bimbingan & Kaunseling SK ST Teresa Serian, Cikgu Lydia Zulaifa telah melapor diri untuk bertugas di tempat bertugas yang baru. Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas kepada Cikgu Lydia. Segala jasa yang ditabur di sekolah ini tidak akan dilupakan.

Tuesday, 22 November 2011

Keputusan UPSR

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan yang membanggakan bagi UPSR 2011! Seramai 8 orang murid telah berjaya mendapat semua A dalam UPSR. Sekalung tahniah sekali lagi.

Al-Fatihah

Tanggal 16 November 2011, SK St Teresa telah kehilangan seorang guru yang berdedikasi iaitu Allahyarhamah Ngaisah Bt. Misran. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Wednesday, 16 November 2011

Keputusan UPSR 2011 & Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah

Esok iaitu pada hari Khamis ,17 November 2011, keputusan UPSR akan diumumkan. Pihak sekolah mendoakan agar semua murid Tahun 6 mendapat keputusan yang cemerlang. Turut berlangsung pada esok hari adalah Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah bertempat di Dewan Masyarakat,Serian.

Sesi Bergambar 2011

Pada hari Selasa bersamaan 15 November 2011, Sk St Teresa telah menjalankan sesi bergambar 2011 iaitu mengambil gambar setiap kelas dari tahun 1 hingga tahun 6. Gambar Pengawas sesi 2011 juga turut dimuatkan di dalam blog ini.

1 Merah

1 Oren

2 Merah

2 Oren

3 Merah

3 Oren

4 Merah

4 Oren

5 Oren

5 Merah

6 Merah

6 Oren

Pengawas Sesi 2011

Friday, 14 October 2011

SUKAN TAHUNAN SK ST TERESA SERIAN (SSTS)

Pada 12,13 & 14 hb Oktober 2011, Sekolah Kebangsaan ST Teresa Serian telah mengadakan Sukan Tahunan 2011 bertempat di padang sekolah SSTS. Sebanyak 82 acara yang dipertandingkan. Rumah sukan yang terlibat ialah Rumah Biru, Rumah Merah, Rumah Oren dan Rumah Hijau. Selain acara olahraga, cabutan tiket bertuah juga diadakan. Semoga dengan berlangsungnya sukan tahunan ini, kita dapat menyahut seruan 1 Murid, 1 Sukan!